sin pha ra ya

Assalamualaikum Warrahmatullah Hiwabarakatuh... Setinggi-tinggi kesyukuran kehadrat ALLAH S.W.T kerna dengan keizinanNya kamek mampu berfikir untuk mencoretkan pengisian tentang program yang dianjurkan oleh Surau Nurul Khair.

Dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan pastinya sentiasa berhadapan dengan kesilapan namun bagi kamek, banyak pengajaran terutama dari sudut kepimpinan yang telah kamek perolehi.

Cemuhan, fitnah...itu perkara biasa. Itulah yang dinamakan dugaan. Kepada yang memberi tunjukajar sesungguhnya kamek amat berterima kasih. Cuma, perlaksanaanya mungkin tidak dapat kamek lakukan secara mendadak kerana kamek berkerja di dalam satu pasukan dan bukan bersendirian.

Pandangan yang membina sebenarnya yang kamek harapkan. Dalam keadaan menjalankan tugas secara ikhlas pastinya sukar untuk kamek mencari rakan tugas kerana masing-masing mempunyai tanggungjawab sendiri. Oleh yang demikian kamek sekali lagi mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada rakan-rakan yang telah banyak membantu. Allah S.W.T sahaja yang dapat membalas budi baik kalian apatah lagi apa yang kita laksanakan adalah perintahNya jua.

Mudah-mudahan akan dikurniakan seorang yang lebih baik daripada kamek di masa mendatang. Amin..