Saturday, March 13, 2010

MAJLIS KHATAMAL QURAN PERINGKAT KELAS BINA INSAN DUN N.7 SAMARIANG PARLIMEN P194 PETRA JAYA



(Foto) Peserta Majlis Khatamal Quran yang berlangsung pada 13 Mac 2010 bersamaan 27 Rabiulawal 1431Hijrah telah menyerikan pengisian aktiviti yang julung kalinya dianjurkan oleh Kelas Bina Insan Jabatan kemajuan Masyarakat (KEMAS)diPeringkat P194 Petra Jaya.
SURAU NURUL KHAIR sekali lagi menjadi pilihan KEMAS setelah meneliti kemampuan Jawatankuasa Pentadbir SNK yang sentiasa mengalu-alukan sokongan samada daripada pihak kerajaan mahupun bukan kerajaan NGO. Apa yang menjadi hasrat En Ismail Bin Suut (Pengerusi SNK) adalah manfaat program tersebut kepada masyarakat.
Empat buah kampung mengambil bahagian. Kampung Semariang Batu, Kampung Semariang Pinggir, Kampung Semariang Wawasan Fasa 3 dan Kampung Surabaya.
Hadir pada majlis tersebut ialah Pn Hjh Hanifah Bte Saed (Wakil YB Sh Hasidah Syed Aman Ghazali), Ustaz Ismail Maarof ( Wakil Pengarah KEMAS Sarawak),Pn Rapiah Awang (Penyelia Perhubungan KEMAS Kawasan P194 Petra Jaya), KK Tn Hj Mohammed Bin Hassan dan KK Tn Hj Marzuki (KK Kpg Surabaya).
Merasa amat bersyukur, Ustazah Salina yang merupakan guru pendidik yang telah bergiat selama 10 tahun menabur bakti akhirnya dapat menyaksikan anak didiknya khatam secara beramai-ramai.

1 comment:

  1. TAHNIAH KEPADA KELAS BINI INSAN YANG TELAH BERJAYA MENGANJURKAN KHATAMAL QURAN TERSEBUT.
    HARAPAN SEMOGA KELAS SEDEMIKIAN DAPAT DIHEBAHKAN SECARA LEBIH MELUAS SUPAYA BANYAK PESERTA YANG BOLEH DILIBAT SAMA. MENDENGAR KELAS TERSEBUT TELAH DIBUAT 10 TAHUN, SAYA MERASA SUNGGUH TERKEJUT. ADAKAH HEBAHAN INI DIBUAT 10 TAHUN YANG LALU SAHAJA. KENAPA TIDAK DIHEBAHKAN 2 TAHUN SEKALI KE. KEPADA JAWATANKUASA SURAU NURUL KHAIR...TAHNIAH, PIHAK SURAU SEKARANG SUNGGUH PERIHATIN DALAM USAHA MENINGKATKAN KUALITI INSAN DIKALANGAN MASYARAKAT. SEMOGA BEROLEH KEJAYAAN. AMIN...

    ReplyDelete