Tuesday, March 2, 2010
TANGGUNGJAWAB DALAM IBADAH OLEH USTAZ HJ SIRAT BIN IBRAHIM
Selasa 2 Mac 2010 @ 16 Rabiulawal 1431Hijrah. Memanjat rasa syukur kehadrat ALLAH SWT kerana dengan keizinanNya maka kali ini ceramah bertajuk "TANGGUNGJAWAB DALAM IBADAH" telah disampaikan dengan bertenaga oleh Ustaz Hj Sirat Bin Ibrahim.
ALHAMDULILLAH... Mengambil iktibar dari ceramah yang bermula jam 0715pm hingga 0825pm, rasa serba bersalah timbul apabila satu persatu punca masalah perpecahan dikalangan penduduk kampung khususnya, diketengahkan.
Irihati, sentiasa mencari kesalahan orang lain, tidak mahu belajar, takut mengeluarkan harta ke jalan ALLAH SWT, ingin dilihat sebagai seorang yang pandai(riak), menerima jawatan tetapi tidak mahu melaksanakan tanggungjawab dan suka mengkritik usaha orang lain antara persoalan yang menjadi perbincangan.
Dikongsikan juga antara kaedah untuk khusyuk dalam ibadah setelah disoal oleh jemaah yang hadir. Bagi umat biasa seperti kita pastinya tidak dapat melupakan masaalah harian walaupun ketika solat. Walaupun demikian, diterangkan bahawa solat adalah waktu yang afdal untuk kita berdoa dan bermohon kepada ALLAH SWT yang menyediakan rezeki untuk ciptaanNya. Sekiranya kita mengerti maksudnya sudah tentulah kita sentiasa mengingati ALLAH SWT semasa solat.
Dalam usaha untuk melengkapkan barisan pelapis untuk imam dan bilal. Ustaz Hj Sirat Bin Ibrahim mengucapkan tahniah kepada JKP SNK kerana berbuat demikian. Usaha sedemikian sepatutnya menjadi contoh. Pihak Jabatan Agama Islam Sarawak sentiasa membantu kepada mereka yang memerlukan terutama dari sudut pendidikan Islam.
Dalam kehidupan yang serba mencabar ini tidak terkecuali ada dari kalangan umat Islam yang menyatakan belum menerima seruan ALLAH SWT untuk melakukan ibadah terutama ibadah solat. Maha Suci ALLAH SWT yang menjadikan kita kelebihan dari makhluk lain. Kita dikurniakan akal, mata, telinga dan lain-lain lagi. Laungan AZAN lima waktu sehari semalam walau di mana jua. Itulah seruan. Terlintas di hati untuk menunaikan solat, terus kerjakan. Itu ertinya menyahut seruan ALLAH SWT.
Saudara pembaca, INSYAALLAH... kiranya diizinkan, JKP SNK akan mengadakan program khas berkenaan RUKUN IMAN, IMAM dan BELAL. Sebagai manusia biasa pastinya sentiasa berlaku kesilapan. Kiranya pembaca terpandang sesuatu yang salah...saya mohon maaf.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment